SEMINAR PENCEGAHAN RASUAH 2019 KERJASAMA STRATEGIK SPRM/YARM

Share Button

SEMINAR PENCEGAHAN RASUAH 2019
KERJASAMA STRATEGIK SPRM/YARM

Tarikh/Masa : 30 Mac 2019 (Sabtu)/11.00 pg – 5.00 ptg
Tempat : Auditorium, Ibu Pejabat SPRM

Telah berlangsung Seminar Pencegahan Rasuah 2019 yang disertai oleh 250 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli YARM, wakil-wakil agensi kerajaan, GLC, pihak berkuasa tempatan dan syarikat swasta anjuran secara strategik oleh SPRM dan YARM.

Pengisian program seperti berikut :
1. Pelancaran Buku Man Ana : Perjuangan Menentang Rasuah
2. Pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk ”Pelan Anti Rasuah Nasional” oleh YBhg Dato’ Muhammad Salim Sundar Bin Abdullah, wakil GIACC
3. Pembentangan Kertas Kerja 2 bertajuk ”Akta Perlindungan Pemberi Rasuah & Akta Perlindungan Saksi” oleh YBhg Dato’ Izani Bin Wan Ishak, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM
4. Pembentangan Kertas Kerja 3 bertajuk ”Peruntukan Liabiliti Korporat” oleh PPj Haji Celemans Kassim, Jurucakap Bertauliah/Pegawai Bahagian Komunikasi Strategik SPRM
5. Ucapan penutupan program oleh TPj Nor Rasmi Shari, Timbalan Pengarah Bhg Pendidikan Masyarakat SPRM

Sebelum itu, di sebelah paginya telah diadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Yayasan Anti Rasuah yang telah dihadiri oleh YBhg Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pengarah GIACC yang juga merupakan Penasihat Bersama YARM. Dalam ucapan beliau menyeru supaya ahli-ahli YARM terus memainkan peranan penting membantu SPRM dan aktif dalam aktiviti pendidikan rasuah. Turut hadir adalah Dato’ Sri Haji Zakaria Haji Jaafar, Presiden YARM dan TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Laporan oleh #CSBPenMas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *