PROGRAM KULIAH DHUHA DI RUMAH DATO’ CHE AB RAHIM CHE DAUD, TIMBALAN PRESIDEN YARM.

Share Button

Penuhkanlah Masjid dan Surau walaupun selepas 10 Ramadhan. Usahakanlan Husnol Qatimah di bulan Ramadhan. Carilah bekalan untuk dibawa pulang dalam bulan yang penuh dengan Rahmat dan Anugerah dari ALLAH SWT.

Bersyukurlah dilahirkan dalam Islam. ALLAH SWT Maha Pengasih lagi Penyayang.

ALLAH SWT bagi Islam kepada hamba-hamba NYA yang ALLAH sayang. ALLAH SWT tidak bagi Islam kepada orang yang ALLAH SWT tidak sayang. Ini adalah anugerah yang sangat besar.

Maka itu peganglah tanggungjawab Islam yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada kita.

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia hanya untuk menyembah kepada Ku”

Bersedekah mensucikan harta benda. Tidak ada makna harta yang tidak di zakat.

Perbaharuilah Iman kamu sentiasa. Berhubunglah dengan ALLAH SWT. Solat. Puasa. Haji. Zakat. Sedekah. Al-Quran.

Milik ALLAH SWT segala apa yang ada di dunia. ALLAH SWT memberi pinjaman sekejap aje untuk kita. Masihkah kita lalai dan lupa…

Cinta kepada ALLAH SWT.

“Dan orang2 kafir ini makan seperti makan binatang-binatang”

Masuk nerakalah kita sekiranya kita lupa kepada ALLAH SWT.

Janganlah sampai mencari makan sampai tak ada masa untuk makan.

Tidak mempunyai masa untuk ALLAH SWT satu kerugian yang teramat besar.

Taqwa itu Puasa dalam bulan Ramadhan.

Taqwa itu belanja harta yang disayangi ke jalan ALLAH SWT.

Taqwa itu meninggalkan yang dilarang mengerjakan yang disuruh.

Taqwa adalah buat sesuatu dengan teliti dan yakin

Akhlak itu ada 4:
Islam
Iman
Taqwa
Ehsan

Islam – Patuh dan Tunduk kepada ALLAH SWT. Buat dengan penuh keyakinan dan faham.

Dimana pun kita berada ALLAH SWT ada bersama kita.

Apabila ALLAH SWT tidak ada dalam hati kita maka perbuatan mungkar itu berlaku tanpa mengira sesiapa pun sesaorang itu.

3 “ta” kegemaran lelaki

1. Wanita
2. Harta
3. Takhta

Apabila lelaki itu boleh merubah “ta” ini maka ia akan Taqwa kepada ALLAH SWT.

Neraka bertanya pada ALLAH SWT :

“Neraka untuk siapa?
ALLAH SWT menjawab untuk orang yang takabur dan sombong.”

“Jagalah diri kamu walau dengan sebiji buah tamar.”

Bersedekahlah walaupun sedikit kerana sedekah itu akan memyelamatkan kamu dari api neraka jahanam.

Jangan tunggu senang untuk bersedekah. Teruskan dengan apa jumlah dan cara sekali pun…Istiqamah

Ganda ganjaran yang ALLAH SWT berikan kepada kita kepada setiap satu sedekah pada bulan Ramadhan ialah 70 kali ganda.

Tiada halangan. Tiada Hasutan. Kerana syaitan dan iblis dipenjarakan.
Hanya kita…..

“Celakalah selepas bulan Ramadhan berlalu dosa kita masih tidak diampunkan oleh ALLAH SWT”

Apa yang harus dilakukan di malam Lailatul Qadar ?

Berdoa :
“YA ALLAH KAU MAHA PENGAMPUN, AMPUNKAN LAH DOSA-DOSA KU”

Jika kita berdosa pada ALLAH SWT mohon ampunlah kepada ALLAH SWT.

Bertaubatlah sentiasa pada ALLAH SWT.

ALLAH SWT mahu hamba-hamba NYA meminta ampun kepada NYA.

Itu arahan ALLAH SWT.

Apabila kita dekat dengan ALLAH SWT kita akan sentiasa meminta ampun kepada ALLAH SWT.

Beristifarlah dan ALLAH SWT akan mendengar permohonan kamu.

Walaupun yang pendek….beristifarlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *