Ucapan Presiden Sempena Aidil Adha 2019

Share Button

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABRA KATU

ALLAH HU AKHBAR … ALLAH HU AKHBAR … ALLAH HU AKHBAR WALILLAH ILHAM

Salam Aidil Adaha 1140 Hijrah saya ucapkan kepada semua masyarakat Islam dimana sahaja mereka berada.

Hayatilah pengertiaan korban yang antaranya mengajar kita supaya mencintai keluarga. Keluarga adalah anugerah ALLAH SWT yang tersangat berharga dan janganlah kita merosakkannya dengan ketamakkan hawa nafsu dan hasutan syaitan

Jangan korbankan keluarga dengan hasil rasuah.

Yakinlah rezeki yang haram tidak akan membahagiakan keluarga bahkan akan diturunkan bala. ALLAH SWT berfirman “Jagalah diri kamu dari api neraka”. Rasulullah (saw) telah mengingatkan kita bahawa pemberi dan penerima rasuah akan dimasukkan ke neraka. Percayalah hasil rasuah akan dibelanjakan secara membazir dan boros dan tidak sama sekali dapat membahagiakan keluarga.

Keburukan rasuah didunia mencemarkan maruah dan diakhirat pula dihumban ke neraka.

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلٗا طَيِّبٗاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِيٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.” Sura Al-Ma’idah, Ayah 88

Jangan ikut langkah-langkah syaitan.

Dato’ Sri Zakaria Jaffar
Presiden YARM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *