SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 62

Share Button

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM

MERDEKA…. MERDEKA…. MERDEKA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 62

Rasuah telah mencemarkan nama negara, memecahkan belahkan perpaduan kaum dan mengugat kestabilan negara.

Rasuah adalah masalah bersama dan bukan hanya terletak dibahu kerajaaan untuk membenteras rasuah.

YARM percaya bahawa pendidikan adalah kunci kepada penyelesaian masalah rasuah. Melalui pendidikan, masyarakat akan lebih bijaksana dalam membuat penilaian secara amanah dan jujur, mewujudkan perpaduan antara kaum lebih telus , semangat cintakan negara, hidup makmur dan aman di bawah negara Malaysia.

Kerajaan sedang berhempas-pulas mengembeling tenaga membuat perancangan dan penambahbaikan bagi memastikan gejala rasuah dibendung dan dihapuskan. Kesungguhan kerajaan terserlah dengan pelancaran “National Anti Corruption Plan” (NACP) pada awal tahun 2019.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan projek “National Anti Corruption Plan” (NACP) dan memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada SPRM memerangi rasuah.

MALAYSIA AMAN MAKMUR TANPA RASUAH.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *