KUNJUNGAN HORMAT KE SPRM PERLIS DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DR MIZAN YARM PERLIS

Share Button

KUNJUNGAN HORMAT KE SPRM PERLIS “PENGARAH BARU SPRM, PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA DR MIZAN MOHAMMAD ASLAM & PEMANGKU JAWATAN YN NEGERI

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN PIHAK SPRM PERLIS DAN TAHNIAH KEPADA YN NEGERI.

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA (YARM) KE PEJABAT PENGARAH SPRM NEGERI PERLIS

KANGAR, 7 Februari 2019 – Pejabat SPRM Perlis telah menerima Kunjungan Hormat dari Yayasan Anti Rasuah Malaysia dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Perlis. Kunjungan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Zakaria b Hj Jaffar, Presiden YARM bersama beberapa orang ahli Jawatan kuasa dari YARM Pusat dan juga dari YARM Negeri Perlis. Kunjungan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim serta salam pengenalan bersama Pengarah SPRM Negeri Perlis yang baharu iaitu Puan Suzeliyana binti Hashim yang mula bertugas pada Februari 2020 yang lalu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang dari Puan Pengarah SPRM Negeri Perlis ke atas kunjungan yang diadakan oleh pihak YARM. Seterusnya YBhg. Dato’ Sri Haji Zakaria b Hj Jaffar, Presiden YARM telah memberikan ucapan dengan menerangkan objektif YARM sebagai NGO yang membantu SPRM untuk menangani gejala rasuah melalui program-program yang dirancangkan bersama ke arah meminima rasuah di negara kita. Y.Bhg Dato’ Sri juga menekankan bahawa sebagai NGO, perlu bergerak aktif bagi membantu pihak SPRM menyebarkan mesej-masej anti rasuah kepada masyarakat khususnya di Negeri Perlis. Akan tetapi kita perlu mempunyai ilmu-ilmu berkaitan apa itu rasuah, kesalahan-kesalahannya serta hukumnya supaya kita dapat menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat dan seterusnya mereka dapat bekerjasama serta membantu SPRM dalam memerangi gejala rasuah di Perlis khususnya. Sebelum mengakhiri ucapan beliau, YBhg. Dato’ Sri Hj Zakaria bin Hj Jaffar, Persiden YARM telah mengingatkan semua yang hadir dengan pepatah penuh bersemangat beliau iaitu “Berkhidmat biar sampai pencen, berjuang biar sampai akhir hayat”

Dalam kunjungan tersebut juga telah diadakan satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Prof. Dr. Mohd Mizan Aslam, Pengerusi YARM Negeri Perlis yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang beliau menjawat jawatan pengerusi YARM Perlis. Prof Dr. Mizan Aslam akan melepaskan jawatan YARM Perlis kerana bakal memulakan tugas baru beliau sebagai pensyarah di Universiti Riyadh, Arab Saudi. Disamping itu, turut disampaikan Sijil Pelantikan kepada En Nor Halmey b Hamdah sebagai Pemangku Pengerusi YARM Perlis yang baru serta Sijil Pelantikan kepada En Saiful Hiszam, Pemangku Pengerusi YARM Kedah. Perlantikan ini dibuat sementara menunggu Mesyuarat AGM YARM yang akan diadakan kelak.

Diakhir majlis tersebut, Puan Pengarah telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak YARM atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada SPRM Perlis dalam usaha pembenterasan gejala rasuah di Negeri Perlis khususnya.

Disediakan Oleh :
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Perlis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *