Mengenai YARM

Sejarah Penubuhan


Bermula dengan Malaysian Anti Corruption Coalition – Ahli Jawatankuasa Protem telah bermesyuarat 3 kali pada 8 Mac, 22 Mac dan 7 April 2014.

Keputusan dibuat oleh AJK Protem pada Mesyuarat AJK untuk mendaftar di Pendaftar Pertubuhan dan diluluskan sebagai Yayasan Anti Rasuah Kuala Lumpur & Selangor(YARKLS) pada 5 Mei 2014. Mesyuarat AJK YARKLS di adakan pada 19 Mei 2014.

Mesyuarat Agung Pertama oleh AJK Protem YARKLSpada 19 Ogos 2014 diadakan di GPMS, KL dan Urusetia telah Berjaya mendapatkan wakil 7 negeri untuk mendaftarkan YARKLS sebagai Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) pada 9 Disember 2014.

Ringkasan
  • Bermula dengan Yayasan Anti Rasuah Kuala Lumpur & Selangor pada 5 Mei 2014.
  • Pertukaran nama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9 Disember 2014.
  • Halatuju YARM adalah menggembeling tenaga sebagai NGO untuk menangani rasuah berdasarkan peranan efektif dari akar umbi masyarakat.
  • YARM percaya dengan sokongan dan keperihatinan ahli-ahli yang terdiri daripada berbagai latar belakang dapat memberi sumbangan mendidik masyarakat melalui program yang akan dijalankan kearah pencapaian sifar rasuah.