Pengenalan































Penubuhan
Bermula dengan Yayasan Anti Rasuah Kuala Lumpur & Selangor pada 5 Mei 2014. Pertukaran nama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9 Disember 2014.
Halatuju YARM adalah menggembeling tenaga sebagai NGO untuk menangani rasuah berdasarkan peranan efektif dari akar umbi masyarakat. YARM percaya dengan sokongan dan keperihatinan ahli-ahli yang terdiri daripada berbagai latar belakang dapat memberi sumbangan mendidik masyarakat melalui program yang akan dijalankan ke arah pencapaian sifar rasuah.
Motto
-Towards Minimal Corruption
-Ke Arah Minimal Rasuah

Notis Mesyuarat Agung Yarm ke-9
Assalamualaikum dan Salam hormat semua!
Seperti makluman SUA pada 15/1/2022 di Mesyuarat AJK/ PYN dan Mesyuarat AJK 1/2022 hari ini 12/2/2022. AJK Pusat telah memperakukan dan mengesahkan Senarai Ahli Betdaftar sehingga Februari 2022 (semakan boleh dibuat kepada PSUA untuk senarai terakhir jika tiada nama diwebsite yarm org.my) digunapakai bagi tujuan:-
1. Kehadiran dan Pemilihan AJK Pusat /Pengundian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 9 ialah 19/3/2022.
2. Notis mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 9 telah dikeluarkan pada 1/2/2022.
3. Sehubungan itu ahli-ahli boleh menghantar cadangan pencalonan Ahli Jawatankuasa Pusat menggunakan Borang pencalonan seperti berlampir , bermula 12/2/2022. Borang yang lengkap diisi , di scan dan dihantar kepada Urusetia YARM di mayya@yarm.org.my dan alim@yarm.org.my atau secara wsapp kepada PSUA dan SUA
4. Tarikh terima tutup cadangan pencalonan Ahli Jawatankuasa Pusat ialah pada 26/2/2022.
5. Tarikh akhir PYN serah laporan Negeri ialah 28/2/2022.
Sehubungan di atas satu Bengkel Pra AGM bersama Ahli Penasihat YARM, PENMAS, AJK/PYN dan semua calon calon AJK Pusat yang dicalonkan akan diadakan pada 5/3/2022 jam 10 pagi di HQ, SPRM. Maklumat lanjut akan diberi pada hujung Februari nanti.
Bersama ini di lampirkan Borang Pencalonan AJK Pusat YARM dan Borang Usul AGM untuk tindakan semua juga dihantar sebelum 28/2/2022 jika ada .
Salam hormat dan terima kasih.
KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut
SUA
Objektif
i) Bertindak dalam kapasiti sebagai badan NGO yang membantu usaha pencegahan rasuah di dalam menjalankan aktiviti kempen anti rasuah kepada setiap lapisan masyarakat.
ii) Menyediakan program-program kesedaran sivik secara positif yang mengandungi nilai-nilai murni kepada setiap lapisan masyarakat sebagai sistem kawalan dalaman pecegahan perlakuan rasuah.
iii) Bertindak sebagai pemudahcara dan sekretariat bagi semua NGO yang menjalankan aktiviti anti rasuah di dalam dan luar Negara.
iv) Memberi gambaran sebenar sebagai badan NGO yang berkecuali dan menyokong program anti rasuah daripada semua pihak.
v) Mengadakan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang maksud rasuah serta kewajipan setiap individu untuk menjauhkan diri dari perlakuan rasuah.
vi) Menyediakan Indeks Rasuah Kebangsaan yang lebih tepat dan releven berdasarkan cara kita sendiri..
IKRAR YARM
Bahawasanya kami, / warga Yayasan Anti Rasuah Malaysia / BERIKRAR / seperti berikut / demi mencapai hasrat murni / – ’Ke arah Minimal Rasuah’/:
• BERJANJI / bahawa / diri kita sendiri / akan menjauhi / aktiviti yang tidak berintegriti / dan amalan rasuah / mulai saat / dan ketika ini.
• BERUSAHA / untuk mendalami / ilmu anti rasuah / dan menjadi aktivisnya./
• BERTEKAD / untuk berganding bahu / bagi menggerakkan / YARM / sebagai gerakan ulung / masyarakat awam / dalam memerangi / segala bentuk rasuah / di negara Malaysia / yang tercinta ini./
• BERSETUJU / untuk menerima / semua syarat keahlian / dan matlamat penubuhan / serta patuh kepada / segala ketetapan / Kepimpinan Tertinggi YARM /.
BERPENDAPAT / bahawa / YARM wajib diaktifkan / dan sokongan / semua lapisan masyarakat / amat penting / dalam menjayakan / misi dan visi murni ini. /
# Bacaan ikrar ini mesti dibaca secara berdiri dan tangan kanan diangkat. Pembacanya mestilah bersemangat dengan suara yang lantang demi penghayatan jiwa perjuangan.
Like Us On Facebook
