Peranan Biro-Biro
1. Biro komunikasi/ Media (Communication / Media)
- Pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media
- Penyebar maklumat yang tepat dan menyeluruh yang mewakili YARM kepada masyarakat, dan
- Penghubung di antara YARM dengan pihak luar.
2. Biro Transformasi dan Innovasi (Transformation & Innovation)
- Menyediakan latihan dan pendidikan berterusan kepada ahli-ahli melalui kursus, bengkel, seminar.
- Membangunkan modul-modul latihan bagi melahirkan masyarakat yang memahami tanggungjawab menangani gejala rasuah.
- Menilai keberkesanan modul, aktiviti dan program latihan dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan.
3. Biro Perhubungan Komuniti (Community Relations)
- Membantu membuat hebahan aktivti dan program YARM kepada komuniti sasaran.
- Berperanan sebagai pegawai perhubungan / pegawai penerangan tentang aktivti dan juga keahlian YARM.
- Berperanan sebagai pengantara mengenai masalah/isu yang berkaitan dengan rasuah untuk menerima maklumbalas.
4. Biro Penyelidikan dan Penerbitan (Research and Pulication)
- Menjalankan penyelidikan bagi membolehkan YARM mengeluarkan garis panduan amalan terbaik (best practices) dan menyediakan indeks yang baru berkaitan rasuah.
- Menjadi pusat yang mengumpul dan menyebar idea-idea baru mengenai pengurusan dan pencegahan rasuah melalui penerbitan.
- Mengenalpasti dan membuat pemantauan kepada proses atau isu-isu yang dikenalpasti berlakunya amalan rasuah.
5. Biro Promosi dan Penajaan (Promotion / Sponsorship)
- Menghebahkan serta mempromosikan butiran dengan aktiviti-aktiviti melalui media-media yang bersesuaian secara proaktif dan efektif.
- Membuat permohonan untuk mendapatkan penajaan bagi tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
6. Biro Antarabangsa (International)
- Menjalinkan hubungan dan membuat usaha kerjasama di antara YARM dengan NGO di luar negara yang aktif dengan program pencegahan rasuah.
- Mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO di luar negara dan turut serta di dalam maklumbalas yang tepat jika diperlukan.