Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016
No. Ref: YARM /1(2016) 4 22hb Januari 2016
YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan
Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016
Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Yayasan Anti Rasuah Malaysia(YARM) telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016 di Kolej Komuniti Hulu Langat, Taman Prima Saujana, Kajang pada 19 Mac 2016 @ 10.00 pagi.
Mesyuarat Agung ini bertujuan untuk Yayasan mematuhi kehendak Perlembagaan Yayasan Anti Rasuah Malaysia mengikut fasal 7.3 yang menyebut Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Mesyuarat Agung Kali Ke 3/2016 akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa baru untuk Sessi 2016/2018. Bersama ini dilampirkan Borang Keahlian dan Borang Cadangan Pencalonan Jawatan, Borang Usul dan Pengesahan Kehadiran untuk dikembalikan kepada Urusetia selewat-lewatnya 7hb Mac 2016.
Kehadiran YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk acara- acara di atas adalah amat-amat dihargai.
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada saya di HP No. 0193149099/0133339099 atau talian pejabat 0387415457.
Sekian, terima kasih.