Mesyuarat Agung kali ke 3

Yayasan Anti Rasuah Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 3 pada 19hb. MAC 2016. Pemilihan kepimpinan baru membariskan muka lama dan baru serta meluaskan penyertaan ke peringkat negeri-negeri bagi melayakkan YARM sebagai sebuah NGO kebangsaan.

Barisan yang diketuai oleh Dato Seri Hj Zakaria bekas Timbalan ketua Persuruhjaya SPRM sebagai Presiden, Tuan Haji Jais Abd. Karim serta memberi peluang kepada En. Ezaruddin Abd. Rahman (Timbalan Presiden GPMS) sebagai Naib Presiden 1, dan mengekalkan beberapa jawatan juga memasukkan ramai muka baru dan lama di posisi AJK peringkat pusat. Selain daripada itu perwakilan-perwakilan negeri yang hadir juga akan memiliki AJK negeri masing-masing.

Manakala keahlian YARM akan diperluaskan selain menambah jumlah sukarelawan sedia ada yang mencecah 2700 orang. Setakat ini keahlian YARM hanyalah di bawah 100 orang.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published.