KULIAH SUBUH DI MASJID TAMAN WANGI, GUA MUSANG, KELANTAN

Share Button

KULIAH SUBUH DI MASJID TAMAN WANGI, GUA MUSANG, KELANTAN
Doa Kesyukuran pada ALLAH SWT DSZ kerana dapat berjemaah bersama-sama jemaah Masjid Taman Wangi dipagi yang indah dan bertuah ini.
Ucapan terima kasih juga pada Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jemaah kerana sudi menerima beliau untuk berkuliah berkongsi Ilmu semuga ALLAH SWT merahmati dan memberkati usaha yang tidak seberapa ini. Rasa terubat rindu kerana DSZ memulakan keria pekerjaan di KESEDAR Gua Musang ini sebagai Akauntan sebelum berhijrah ke BPR/SPRM Kuala Lumpur.

Rasuah adalah Bapak Segala Jenayah dan Sejijik-Jijik Nya dosa yang lebih jijik dari Najis.
Sesungguhnya orang-orang yang boleh memeriahkan Masjid Rumah ALLAH SWT ialah orang-orang yang beriman kepada ALLAH SWT. BERIMAN KEPADA ALLAH SWT DAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT. Kenapa? Kerana kita takut pada ALLAH SWT. Segala yang ada di Langit dan Bumi adalah milik NYA.
Kita tidak tahu bila kita akan Mati. Kita bertaubat dan lafaskan Kesyujuran dan Kesetiaan kepada ALLAH SWT datang ke rumah ALLAH SWT dirikan Solat dan Mengaji Al-Quran mengabdikan diri pada NYA.

ALLAH SWT mengeluarkan kita dari perut Ibu kita dalam berbagai bentuk, rupa dan berat tanpa mempunyai apa-apa. Diberikan kita pendengaran, penglihatan, akal fikiran tetapi kita gagal untuk melihat kehebatan ciptaaan ALLAH SWT. Kita tidak melihat diri kita dengan MATA HATI akan kehebatan ciptaan ALLAH SWT keatas diri kita sendiri.

Di masukan ke Neraka Jahanam Manusia dan Jin kerana tidak mensyukuri pemberian ALLAH SWT pada mereka. Diberikan Mata tidak diguna melihat kearah kebaikan. Diberi Telinga tidak digunakan mendengar kearah kebaikan. Diberi Akal fikiran tidak berfikir akan nikmat ALLAH SWT. Tidak bersyukur hamba-hamba pada ALLAH SWT atas Rahmat yang diberi.
[10/8, 7:14 AM] YARM tuan Rafee: Belajarlah menimba ilmu berusaha untuk memperbaiki diri tidak kira usia dan dimana kita berada. Beribadah bersungguh-sungguh dengan Kesyukuran kerana ALLAH SWT memberi kita pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang baik dan sempurna. Gunalah dengan sebaik-baiknya sebelum ALLAH SWT menarik balik NIKMAT semua ini dari kita. Satu kehilangan yang tersangat rugi dengan sebesar-besar penyesalan kerana tidak mengggunakan dan mensyukuri Rahmat ALLAH SWT ini.
[10/8, 7:14 AM] YARM tuan Rafee: Sedekah dan carilah Rezeki yang Halal berdoa pada ALLAH SWT dengan perasaan penuh Kesyukuran, Kesabaran dan Tawakkal kepada NYA.
REZEKI ALLAH SWT ADA DIMANA-MANA.

GUNAKANLAH DAN MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT DENGAN SEBAIK-BAIK NYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *