TAZKIRAH SOLAT JUMAAT MASJID BANDAR BARU KELANG, SELANGOR
Dato’ Sri Zakaria Jaafar, Presiden YARM
TAZKIRAH SOLAT JUMAAT
MASJID BANDAR BARU KELANG, SELANGOR
Sesiapa yang memakmur kan rumah-rumah ALLAH SWT adalah mereka yang mendapat petunjuk dan yang beriman pada ALLAH SWT.
Di dunia banyak pilihan tetapi di akhirat hanya ada Syurga dan Neraka. Berimanlah pada ALLAH SWT dan Berdoalah minta Syurga dan Dijauhi Neraka.
Janganlah kamu menghampiri RASUAH. TOLAK LAH RASUAH dengan apa cara kemampuan kita samada melalui Nasihat, Pendidikan atau Teguran.
Bercakaplah dengan Baik dan Kasih Sayang kepada mereka yang membina jalan ke Neraka Jahanam. Tinggalkan Rasuah. Tolak Rasuah. Taubat kepada ALLAH SWT.
Janganlah kita bersongkol dalam membina jalan ke Neraka Jahanam dengan Rasuah. Tegurlah mereka supaya menolak Rasuah. Kasihanlah kepada isteri dan anak-anak. Jangan beri mereka makan dengan hasil Rasuah. Rasuah itu lebih Hina dari Khinzir. Neraka Jahanam Tempat Nya.
Jangan lah terasa Keselesaan Dunia adalah Segala-galanya. Akhirat tempat yang sebenarnya. Dunia hanya pinjaman ALLAH SWT kepada kita. Lakukan lah Ketaqwaan, Amal Soleh dan Beriman Hanya pada ALLAH SWT.
Segala dilangit dan Bumii adalah milik ALLAH SWT.
Bersyukur sentiasa akan nikmat-nikmat ALLAH SWT.
Lakukan Amal Soleh
Buat Baik kepada semua
Elakan Riak dan Takabur.
Amal Baik kita dijadikan turutan kepada seluruh Keluarga.
Taubat Pada ALLAH SWT
Berdoa dan Minta Pada ALLAH SWT
Jangan sekali-kali terasa Selamat Dan Selesa. Sentiasa mengingati Akhirat agar kita sentiasa Bersyukur dan Beriman pada ALLAH SWT.
Bersedekah lah kerana Sedekah itu sangat disayangi ALLAH SWT
JADILAH ORANG-ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN PADA ALLAH SWT
AMBIL LAH ILMU YANG BERMENAFAAT DAN SEBAR-SEBARKAN LAH KEPADA SEMUA
CARILAH BEKALAN UNTUK DIBAWA PULANG BUKAN YANG AKAN KITA TINGGALKAN
Rafee Aris – NP II