PERTIWI TV “CAKAP SERUPA BIKIN”

Share Button

Pada 13 hb. Januari 2020, satu diskusi telah diadakan di TV Pertiwi melalui rancangan “Cakap Serupa Bikin”. Presiden Dato’ Sri Zakaria dan Profesor Dr.Zaid Ahmad telah diundang sebagai panel dalam majlis tersebut.

BERIKUT ADALAH DIANTARA SOALAN YANG DIAJUKAN KEPADA DATO’ SRI :

1. Wajarkah pendedahan rakaman audio yang dilakukan oleh Ketua Pengarah SPRM, Latheefah Koya baru-baru ini? Adakah ia melanggar Akta SPRM sendiri? Adakah ia membawa implikasi undang-undang?

2. Tindakan yang diambil pihak SPRM khususnya semenjak di bawah Kerajaan Baharu sering kali mendatangkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat sehingga ada yang mula menjadikan pendedahan daripada SPRM sebagai bahan lawak dan parodi. Apakah ini bentuk pendidikan yang diperkatakan dalam Akta SPRM 2009? Melahirkan generasi yang rendah moral dan susilanya akibat perbuatan sendiri.

3. Jika mengimbau kepada kekosongan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini yang pernah menimbulkan kontroversi, wajarkah pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dipolitikkan?

4. Budaya lantikan politik untuk jawatan-jawatan penting dilihat masih diamalkan. Ia menjadi ‘tools’ untuk kekal berkuasa. Bagaimanakah budaya ini boleh ditamatkan?

5. Apakah akan berlaku sekiranya rakyat sudah tidak menaruh kepercayaan kepada SPRM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *