Projek YARM Sayang: Terima Kasih Frontliners
PROJEK YARM SARAWAK : TERIMA KASIH FRONTLINERS
Kuching, 15 November 2020
YARM Sarawak telah mengadakan Projek YARM Sayang : Terima Kasih Frontliners! bagi menghargai sumbangan para frontliners yang bertugas di beberapa pondok kawalan dalam daerah Kuching bersempena dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumbangan berupa minuman dan makanan ringan telah disampaikan kepada petugas-petugas keselamatan di beberapa pondok kawalan.