Tiada tindakan dikenakan terhadap pemimpin sebabkan rasuah berleluasa
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ด๐๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ, ๐ ๐ฑ ๐๐น๐ถ๐บ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ, ๐๐ฒ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ด๐ฒ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ ๐ฟ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต ๐ถ๐ฎ๐ถ๐๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฏ๐๐. โ๐๐ถ๐๐ฎ ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ถ๐ป๐ถ ๐๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ
SHAH ALAM – Pemimpin ataupun orang atasan merupakan satu contoh yang diikuti oleh pekerja mahupun orang bawahannya.
Setiausaha Agung dan Pengarah Eksekutif Yayasan Anti Rasuah Malaysia, Md Alimuddin Rahim berkata, sekiranya pemimpin melakukan gejala rasuah iaitu mengambil dan menerima tanpa dikenakan tindakan, orang bawahan turut terikut perbuatan tersebut. โKita lihat organisasi kerajaan, benda ini sudah berlaku lama.
Maksudnya banyak pemimpin yang mengambil lebih banyak daripada yang bawah. Apabila mereka melihat tiada tindakan dikenakan, jadi orang yang bawah cuma ambil peluang,โ katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian semasa program Sinar Live #BukanCakapKosong yang bertajuk Integriti Sekadar Di Mulut yang dikendalikan oleh Dinie Asyraf Salim. Menurut Md Alimuddin, pemimpin seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik agar diteladani dan disegani oleh pekerja serta orang bawahan mereka.

Tambahnya, waktu kerja dan waktu rehat perlu digunakan dengan sepenuhnya tanpa mencuri masa dengan melakukan perkara yang lain.
Ingin melihat video penuh TontonVideo
โPemimpin tunjuk sikap yang baik supaya diteladani oleh orang bawah. Contoh, mereka masuk pejabat jam 10 pagi, tapi patutnya jam 8 pagi. Itu tak bagus. Pemimpin kena datang awal. Baru orang bawah akan segan.
โSeterusnya masa makan. Katakan jam 12 tengah hari sehingga 1 petang. Jangan lebih masa. Kalau lebih, perlu perbaiki,โ katanya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar langkah peringatan untuk menghindari gejala tersebut perlu sentiasa diingatkan kepada pekerja. Katanya, perkara itu merupakan satu kaedah yang terbaik bagi memastikan pekerja dapat melaksanakan tugasan dengan telus dan amanah.
โKena ada langkah awal dan berterusan. Mungkin solat Zohor, ada tazkirah. Sewaktu perhimpunan pagi, kena ingatkan selalu. Tetapi jangan terlalu banyak cakap, nanti dia akan buat tak tahu,โ katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134005/KHAS/Wacana/Tiada-tindakan-dikenakan-terhadap-pemimpin-sebabkan-rasuah-berleluasa?fbclid=IwAR2oO55hSmsh6vfyUTpYmysQ2WiFWQDt_qCfffnrU6sanxim63tiWZ1gkts
ยฉ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Jom Daftar Ahli / Sukarelawan KLIK Di Sini
atau