𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐊𝐔 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐅𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓

Share Button

Ulasan Setiausaha Agung/Pengarah Eksekutif, YARM dan Naib Presiden PBP SPRM, Hj Md Alimuddin Rahim

YARM memandang serious kes salahlaku oleh pegawai SPRM memperdayakan keatas anggota penguatkuasa lain. Tindakan tersebut seolah olah menunjukkan kebongkakkan kuasa SPRM untuk tujuan kepentingan diri sendiri. Ini menunjukkan ada segelintir pegawai sekarang tidak menghormati organisasi SPRM itu sendiri dan melanggar sumpah terima jawatan.

Sikap ini menambahkan kebencian dan kurang hormat kepada anggota penguatkuasa yang berintegriti kepada perkhidmatan.

Justeru itu sesiapa pegawai yang salahlaku perlu diambil tindakan segera bagi mencantas semua anasir kotor dalam SPRM.

Tindakan segera mahkamah untuk kes yang lengkap untuk membicarakan kes seperti ini .

Keadaan salahlaku ini boleh menyebabkan kurang percaya orang awam terhadap anggota SPRM seterusnya Kerajaan Malaysia amnya. Iklim politik rupanya diikuti sendiri penguatkuasa menangguk di air yang keruh. Rakyat mahu kerja kotor ini dihentikan dan NGO hanya mampu menegur dan Ketua Jabatan dan Pegawai atasan kena rajin menapis dan menyelia lebih telus pegawai bawahan yang menghadapi masaalah. Jika tidak SPRM hanya jadi Harimau Kertas sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *