Seminar Bebas Rasuah, Intergriti Dan Tadbir Urus Terbaik PBT 2022

25hb Oktober,2022- Program Anjuran bersama antara Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), SPRM dan Majlis Bandaraya Seremban(MBS). Seminar untuk pendedahan kepada Penjawat awam haruslah sentiasa berusaha mengelakkan diri dari rasuah dan berkhidmat dengan penuh berintegriti.
Turut Menjayakan Program ini bersama Presiden YARM, Tuan Mohd Nizam, dan AJK Pusat serta kepimpinan Negeri Sembilan
Juga bersama menyerikan majlis Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Bandar Seremban, SPRM dan Exco Negeri
Jangan sampai menjadi alat pihak berkepentingan dan menjadi kambing hitam apabila kegiatan rasuah mereka terbongkar.
Program Perasmian Seminar Bebas Rasuah, Integriti Dan Tadbir Urus Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan 2022 Serta Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Pelan ini dibangunkan dalam usaha memerangi rasuah dan meningkatkan integriti dalam MBS serta sejajar dengan Pelan Antirasuah Negeri Sembilan.
Pengerusi Penasihat YARM Tan Sri Abu Kassim memberikan ceramah dan penasihat YARM Dato Salim menjadi Panel perbincangan.
– Bersama kita Benteras Rasuah –
Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *